Wednesday, December 8, 2010

sunway part 2.

okay lepas dah habis main permainan yang sumpah menakutkan dan mengerikan dan jika terlepas tangan anda tu dari pemegang pelampung tu boleh membawa maut, kami pun pergi menaiki satu roller coasteryang taklah seram sangat. ini roller coasternya.



masa naik ni kakak pun yang gayat melampau berlagak tak takut konon. anas yang agak agak gayat pun buat buat tak takut. tapi memang tak takut sebab tak laju mana pun. lepastu disebabkan keboringan yang melampaui batasan kami, kami pun menjerit jerit macam orang histeria nak buat lah suasana tu lebih ceria sikit daripada hambar. masa kami jerit jerit tu adalah dua tiga manusia yang penuh firasat dengki memandang mandang kami yang mesti mereka ingatkan kami ni dari ulu ceruk dalam kampung estet terlalu takut dan menjerit jerit macam kena histeria. ala rilek ah brader, gua nak happy happy lu pandang slek pulak kat gua,(ceh padahal amoi cina yang pandang ktrg pun nak guna brader gua lu)

lepastu saat saat yang ditunggukan untuk mencabar paras kegayatan kakak qila. ktrg pun ajak kakak pergi main ini.




fuh bukan main lagi tak nak tak nak tak nak. at last nak jugak hehe. dan disini qila berjumpa dengan hot guy ni oh i love you skin grrrr. hahaha kulitnya hitam manis tapi sumpah cute wohh. tergoda i. memandangkan dia tu sangat stailo mailo walaupun hanya memakai singlet tanpa lengan, seluar pendek dan jam tangan kalis air naik sampan tu bersama seorang gadis alimm yang tak lah cun sangat pun so qila anggap dorang adik beradik. tapi kakak pulak kata takkanlah adik beradik macam tu. haih so qila pun biarkan je walaupun mata qila tak putus putus melihat dia hehe. gatai nahhh. disebabkan masa tu qila sangat desperate nak tengok jam sebab qila ni tak boleh hidup kalau tak tengok jam setiap 30 minit dan dia pulak memakai jam tangan kaler hitam kalis air, qila pun curi curi tengok ah jam tu. ala bukan nak tengo jenama apa tapi nak tengok jam je. dan dia pun terperasan dan segera membetulkan jam dia dan letak balik tangan dia kat penghadang. ceh orang dah tak nak tengo dah jam tu. haih okay stop cerita tu kita pergi pulak cerita game ni tadi. lepastu dah sampai turn kami, kakak duduk depan sebab dia nak sembamkan mukanya ke bantal separa keras yang disediakan dalam sampan tu, qila duduk tengah seksa woh duduk tengah mentang mentang qila yang ajak korang buli qila cis tsk tsk. dan anas duduk belakang sedap je sandar macam raja. haih. lepastu kami pun naik benda alah tu dan menjerit macam orang kena histeria.




tengoklah tu. macam mana orang tak histeria dengan ketinggian yang macam tu. patutlah semua orang balik dengan mata merah sebab kesan histeria tak habis lagi. okay lepastu kami pun jalan jalan nak pergi waterpark balik. kami decide tak nak naik ini,



nak tau sebab apa? sebab kami ni gayat melampau lampau. hehe dan satu lagi pernah tak anda dengar berita kematian seseorang akibat benda alah ni? dia terlepas pegangan dan terjatuh sebab benda alah ni terlalu extreme, fuh tengok trek dia pun dah takut. hehe

dan juga kami tak nak naik ini.




fuh tengoklah tu. terbalik balik. kami ni kan kegayatan melampau. dah lah benda ni berpusing 360 darjah. maunya kami ni histeria datang balik dan ketakutan melanda dan terlepas pegang alat keselamatan, fuh tak berani nak sambung. so kami decide tak nak naik. hehe mencegah lebih dari dari merawat. takda kaitan okay.

so kami pun pergi makan. sekali lagi kami jumpa hot guy yang pakai jam kalis air tu. hehe dan terbuktilah yang sebenarnya perempuan alim hyang bersama dia tu ialah adik beradik dia! kan dah cakap. tak caya. wah terlebih teruja. hehe so lepas makan makanan instant yang mahal nak mampus yang boleh dimasak di rumah dalam masa 5 minit je, kami pun beredar ke waterpark balik. selepas puas bermandi manda, kami pun bersiap siap. hehe

selepas dah wangi wangi dah cantik cantik dan ingin menuju ke sunway pyramid pulak, kami pun pergi lah singgah sebentar di wild life. kami ni sangat mencinta haiwan sehingga dulu cita cita saya nak menjadi seorang doktor haiwan kerana rumah saya mempunyai 1p ekor kucing dan 2 daripadanya selalu tidur di katil saya. amboi buat katil sendiri nampak eh. sedap je kucing tidur atas katil. kucing lain tidur merempat je. okay terkelur topik kejap. lepastu ktrg jumpa dengan memerang laut.(ada ke memerang laut? ah belasah jelah) mereka tu sangat sangat sangat sangat sangat comel sehingga menimbulkan niat di hati saya untuk menjadi volunteer di zoo negara. sebenarnya memang niat dari dulu pun. hee so saya pun pergi meninggalkan memerang laut yang sangat comel itu dengan hati yang berat tsk tsk.

dalam perjalanan keluar kami menjumpai 2 ekor harimau yang sangat comel tapi pemalas nak mampus asyik tidurrrr je kerja macam takde kerja lain nak buat. kami pun dengan teruja bercakap cakap dengan mereka macam dorang ni faham je sebab kami menganggap mereka seperti seekor kucing kami di rumah. hehe disebabkan mereka pun malas nak mendengar mereka pun tidurr je daripada dengar kami membebel. hehe disebabkan cerita kami tak dilayan, kami pun blah dengan hati yang pilu tsk tsk.




HA tengok cik harimau tu dia dah marah sebab kami membebel tak henti henti. tulah pemalas lagi padan muka haha.


sambung part 3 eh.

No comments: