
hari ni qila dengan kakak and adik qila pergi sunway lagoon theme park. kami pergi pagi pagi. pukul 9.00 pagi dah gerak tapi breakfast kejap lepastu pukul 9.30 pagi kami pun bertolak. perjalanan dari kajang ke sunway takdelah jauh mana pun. dalam 30 minit dah boleh sampai. oh kami tak bawak camera, masa kakak qila tengah drive qila pun focus kat jalan so tak boleh snap snap gambar, adik qila pulak ntah apa dia buat kat belakang.
so ktrg malam malam tu dah pack barang ah dah get ready dah nak pergi. semangat gila kami sebab dah 5 6 tahun tak pergi. hehe macam orang kuno je kami cari jalan tadi. kami dah siap siap pakai baju mandi dari rumah lagi. selamba je kami jalan jalan kat dalam sunway pyramid dengan baju mandi tu. tu pun sebab nak cari jalan masuk ke theme park lah.
mula mula nak pergi tu confident je tau jalan kan. mama cakap tanya qila sebab jalan nak pergi sunway tu sama dengan jalan nak pergi sekolah. so kiranya qila MACAM expert lah dengan jalan jalan kat area bukit jalil tu. cehhh hehe so masa jalan tu okay lagi. tapi bila sampai kat bandar tasik selatan tu kakak qila pergi terus je. qila pun masa tu tengah blur blur so biar jelah. kami pun jalan je. sampai dekat bandar tun razak, fuhhhhh JEM TERUK GILAAAA! pukul 10 pagi takkan jem teruk sebab orang nak pergi kerja kot? tersangat teruk sampai tak bergerak dan kami pun plan untuk patah balik. so kami pun patah balik dan tengok tengok kami dah sampai dekat simpang jalan depan rumah kami! cit. membazir je tol RM5, masa 30 minit, masa sunway lagoon dah buka 30 minit. haih.
lepastu kami pun dengan berhati hati tengok signboard. dan tak sampai 30 minit dah sampai dah. heh kalau tadi tak sesat, tak jem, takdelah membazir duit, membazir minyak, dan masa sunway lagoon dah buka. kan dah rugi 1 jam. hish. sampai sampai terus cari parking. ah ni satu hal, tak tau nak parking mana. so kami main letak jelah parking kat sunway hotel and spa tu. fuh. 'DEKAT' sangat nak berjalan. masuk sunway hotel, masuk jambatan ke sunway lagoon, masuk sunway pyramid lepastu baru sampai entrance sunway lagoon. baju mandi dah basah bermandikan peluh. lepastu tanpa membuang masa walau sesaat pun, kami pergi beli tiket. 3 park RM 60. so kami pun masuk.
lepastu ada abang indian yang cute tu nak check bag. qila tanya dia handbag nak check ke. then dia cakap 'mesti. takut ada bom.' ek eleh. ingat qila ni pengganas ke nak bawak bom. karang bawak bom betul betul kang baru tau. heh lepastu kami pun dengan perasaan yang sangat teruja terus meluru masuk ke dalam water park. semangat nampak air macam budak 3 tahun je. hehe
lepastu kami pun pergi cari locker untuk simpan barang berharga. ha kat sini bolehlah cuci cuci mata tengok hot guy pakai boxer je. fuh tergoda. hahahhaha lepastu tau tak 1 token untuk locker tu berharga RM5? lepastu boleh guna SATU KALI sahaja! cit. tau tak RM5 tu boleh guna buat macam macam perkara. lepas dah beli token tu kami pun simpan lah barang barang. lepastu kan kakak saya tak percaya boleh guna satu kali je. so dia pun tutup dan buka satu kali. ha hambik kau dah kena membazirkan lagi RM5 untuk beli token lagi. cit. baik beli topup qila je kalau macam tu. haih.
lepastu kami pun pergi bermain air kat water park. dah puas main air kat water park, kami pergi balik kat locker untuk ambik duit nak reload e-wallet dan sekali lagi RM5 dibazirkan begitu sahaja. tengok tu RM15 je kat locker. haih memang satu pembaziran. okay so dah topup RM30 ingat nak beli tube tapi biar dulu so kami pun pergi ke amusement park yang berada nun jauh di atas bukit. terpaksa mendaki escalator sebanyak 3 kali dan tangga tangga baru boleh sampai. dah sampai kami pun mencari alat permainan yang family dulu.
kami pun bermain dan eleh tak mencabar langsung. so qila nak cari yang boleh mencabar qila yang tersangatlah gayat ni kan. lepastu qila jumpa mainan ni.
qila ni sebenarnya gayat yang melampau tapi sengaja je buat buat berani depan adik sebab yelah kakak kan kenalah tunjukkan sifat sifat contoh kepada adik supaya nanti dia boleh ikutkan. padahal adik qila tu orang kata abang qila. hehe sambung masa nak naik ke tingkat atas tu pun dah gayat. orang lain rilek je lepak lepak kat tangga tu sambil borak borak tapi qila pulak pegang tepi tangga tu kuat kuat sambil baca beberapa ayat pelindung okay tipu. lepastu dah sampai masa naik tu, qila duduk depan so qila mestilah rasa paling takut. lepastu masa dah turun tu, mula mula suara qila keluar masa menjerit tapi sampai tengah tu suara qila hilang terus. qila buat ala ala gaya orang menjerit tapi takde suara keluar. hahaha seriously takut woh dahlah tinggi lepastu macam bukit pulak tu turun macam rasa nak terbang pun ada. hehe
okay sambung part 2 pulak. hehe
No comments:
Post a Comment