tadi qila satu family except along dengan mama pergi kuala lumpur international motor show 2010 ataupun KLIMS 2010. ktrg pergi dalam pukul 11 pagi. masa tu pun dah ramai orang. parking dekat bus stand. so dah sampai ni berduyun duyun manusia datang. hehehe
masuk kena tiket RM20. so dia bagi bag and coffee percuma. so sementara nak tunggu baba pergi beli tiket, kami pun bergambar gambar lah.
hehehe lepastu tiba tiba baba datang. baba pun jelous ah semua orang bergambar dia tak ada gambar. okay ah okay ah nah ambik gambar banyak banyak.
eh eh nak upload gambar banyak banyak. gambar qila pun satu je. oklah oklah satu background batman. satu background bumblebee <3 oklah oklah ambik jelah upload dua dua.
okay lepas dah masuk pintu masuk dia kami pun pergi ke map untuk pastikan tak sesat nanti di sana.yelah selalunya kalau pergi mana mana show mesti sesat. cis tak jumpa jalan keluar. hehe ha sekarang ni tak payah nak ingat pintu mana satu nak guna ni untuk keluar, ambik je gambar kalau sesat baca map tu. wah macam amazing race asia pulak nak baca map segala.
tarikan utama di sini. teruja tengok bumblebee <3 ada dalam map. hehe mesti kena pergi tengok bumblebee<3 yang comel dan nakal.
kay lepas tu kereta pertama yang kami jumpa ialah PERODUA BEZZA.
wohh melampau oh kereta bezza ni. tak ada ciri ciri kereta malaysia langsung. semua nak touch screen je. oh tau tak kat sini lah paling ramai umat manusia tau. sebab masuk je entrance terus nampak kereta ni berpusing pusing lepastu ada model gedik gedik dekat sebelah kereta tu. orang semua mengeluh je sebab dia sibuk posing posing kat sebelah kereta tu. orang bukan nak tengok dia tapi orang nak tengok kereta tu. haih korang nak tengok tak kereta bezza ni. sangat berbeza dengan kereta perodua yang sekarang ni.
kak kak. boleh tak akak blah sikit? setakat ni dah 5 6 gambar asyik muka akak ke bukan gambar kereta tu. saya bayar masuk ni nak tengok kereta bukan nak tengok akak posing posing.
fine ah fine ah aku blah ah ambik lah kau gambar kereta bezza yang cantik sangat ni puas puas! huh
okay lepastu kami move on ke tempat tempat lain dan setelah kaki penat berjalan, dah puas bertentangan mata dengan hot guy, kami pun bergambar gambar di satu tempat ni iaitu RED CARPET KUALA LUMPUR INTERNATIONAL MOTOR SHOW 2010.
oh terima kasihlah kerana sudi menjemput saya artis baru untuk ke acara red carpet ini. oh yea baju saya yang biru dots dots tu direka khas oleh tam kakak saufah ye yang boutique nya terletak di sunway pyramid(propa), tudung saya dan kakak saya pula sponsor dari ariani, beg tu my own collection from bandung, and and accessories itu dari vincci. terima kasih terima kasih saya sangat menghargainya. perasannn :D
lepas dah puas berangan jadi artis, kami pun pergi ke tempat di mana ada.....
BUMBLEBEEEEEEEEEEE! <33333333 oh untuk pengetahuan semua dia saja je sorok sorok bumblebee ni tau. cis susah qila nak cari mula mula. hehe ok so masuk je entrance hall yang lain, mereka sajika mata kita dengan kereta transformer ini.
tengoklah berduyun duyun manusia tunggu kereta tu bertukar kepada bumblebee lepastu kencing merata. hehe comel bumblebee
okay lepastu jumpa pulak nissan juke aww cantik sangatt. :D
okay sambung balik.hehe ni ha nissan juke.
hehehe. okay lepastu kami pun jalan jalan jalan then jumpa BUMBLEBEEE <3 bumblebee ni sangat comel gila lepastu besar lepastu mata dia biru. hehe
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqyxYr2rdA_in7aT_jsf8_Ai5VpDdAND7EBvSk6609vm9meBXxH9K9_BlfGXZarcZQ32EwRhezHwUSY7tRCQI4XVcGD-thE6kP23mgQ7ToFJJx7ovyc82QIGj8-n__4uF3430ZNQuAk7k/s1600/P1030384.JPG">
hehe dah puas ha? dah puas? sebenarnya banyak lagi tapi malas nak upload. huhu. okay lepas dah jalan jalan tu jumpa pulak kereta 5 pahlawan bersaudara. tapi sayang kasturi tak sempat nak ambik ah hehe.
hehe okay lepastu kami pun pergi THE MALL dan makan makan di sana. lepastu nak pergi toilet kan tapi toilet premium RM 1.00! hish bukannya ada penyambut tetamu pun dalam tu. kalau masuk sekali 4 orang RM 4.00. baik beli gula gula 40 biji 2 ringgit ha kan dapat 80 biji gula gula.
kay disebabkan masih awal lagi dan mama pun bagi msg berbaur halau tak bagi kami balik rumah sebab kawan dia tengah lepak lepak kat rumah kami so kami pun pergilah WANGSA WALK MALL. jalan jalan shopping shopping okay lepastu ingat dah nak balik sebab qila sakit kaki tapi tak. hish dorang nak pergi jusco AU2 pulak. oklah fine ah apasal dorang tak nak pergi semua shopping complex yang ada kat malaysia ni je? hehe
kay lepastu dah malam kami pun balik dan tidur. tu lah journey saya pada hari semalam. okaylah nak masak byee~ :)
No comments:
Post a Comment