yang paling famous sekarang ni ialah BELACAN DAN PAKU. dorang ni sangat famous sekarang. dorang banyak post video video lucu menggunakan bahasa melayu. sebenarnya dorang ni datang ke sarawak dan sabah malaysia untuk jadi volunteer. dekat sana mereka belajar bahasa melayu untuk dekati masyarakat di sarawak dan sabah. bagus kan?
ini dia belacan dan paku.

mereka ni dah sangat terkenal dah dari dulu. mesti korang cakap qila ketinggalan zaman sebab baru sekarang nak tau pasal mereka? sebenarnya qila dah tau lamaaa dah tapi semalam qila baru tengok video video mereka yang baru baru tu. okay qila tak ketinggalan zaman eh.
so mereka ni ada sebab kenapa nama mereka BELACAN DAN PAKU. nama BELACAN tu sebab belacan sangat suka makan belacan dan nasi lemak. kalau tengok video dia kebanyakannya mesti bercakap tentang keenakan nasi lemak. okay PAKU pulak sebab nama keluarga paku NEIL. so lebih kurang macam NAIL. nail dalam melayu kan paku? hehe paku sangat suka durian. dia sanggup cari durian dekat US dan jumpa. hehe mereka ini sangatttt comel tau. kalau tengok video mereka qila mesti akan gelak terlebih. hehe

ini pulak gambar yang ada dalam video mereka. masa ni ada 2 perempuan salleh nak mengurat mereka. tapi PAKU cakap dia tak reti english dan tak suka perempuan salleh. tiba tiba ada seorang perempuan sarawak dan dorang pun suka. hehe
ada satu video tu PAKU cakap dia nak MERUMPIT. omg! sangat comel gilaaa. haha
untuk PAKU sebenarnya bukan MERUMPIT ye tapi MEREMPIT. hehe dorang ni cakap melayu sangat fasih sampai ada slang kita lagi macam GILERR, LAH, KAN. haha sangatttt comel.
okay yang paling best skali masa dorang buat video tribute p ramlee. ini lagi comell. haha kelakar MAMBANG MABUK MINUM BRANDI. hehehe kalau korang nak tengok video tu pergi je kat youtube search BELACAN DAN PAKU. hehe
okay stop pasal belacan dan paku sebab qila makin obses dengan dorang. well siapa tak bangga kan mat salleh cakap bahasa kita. tambahan lagi, dia siap cakap BAHASA MALAYSIA sebagai BAHASA YANG TERINDAH. :D
okay now move on, kalau belacan dan paku tujuan dia buat video kelakar, tapi bagi BEN BRADSHAW pulak dia buat video untuk belajar english. bagus kan? so takdelah korang sibuk sibuk nak pergi british council belajar dengan mat salleh yang tak reti cakap melayu. so mesti kita terkial kial kan mula mula.
ben bradshaw ni bagus jugak dia buat macam ni at least orang melayu boleh belajar slang amerika. :)

ben ni pun pernah datang sabah and sarawak and dekat situ dia belajar bahasa melayu. tapi ada orang pernah tanya dia kenapa tak cakap slang kl. dan dia pun jawab sebab masa dia di kl semua orang sibuk mahu cakap english jadi susah untuk dia practice bahasa melayu.
walau apapun, qila sangat kagum dekat mereka sebab mereka ni boleh belajar bahasa melayu dalam masa yang singkat. lagi qila macam tak sangka ada jugak orang asing yang ingin belajar bahasa melayu sedangkan orang melayu zaman sekarang ini lebih selesa dengan bahasa asing hee so qila sebagai orang malaysia sangat berbangga apabila ada orang sebegini yang fasih berbahasa melayu dan sukakan semua tentang malaysia. jadi untuk orang melayu, kalau mat salleh berusaha untuk belajar bahasa kita, mengapa tidak kita? renung renungkan lah. :)
No comments:
Post a Comment