assalamualaikum :)
saya minta maaf kalau entry kali ni macam religious sikit. sebab sekarang ni saya tengah cuba untuk berubah.
as you guys know, saya baru balik dari kelantan. keadaan dekat sana berbezaa dengan kl terutama bila solat jumaat.
okay dekat kl kalau solat jumaat orang yang tak kisah sangat dorang akan jalan jalan kl without feeling guilty pun. jalan jalan macam tak ada apa yang berlaku. but believe it or not, dekat kelantan mostly people will perform their solat jumaat lah. sebab solat jumaat ni lebih kurang macam puasa lah. ramai orang tak akan tinggalkan.
and another great thing about solat jumaat in kelantan, dekat sana hari jumaat pukul 1 sampai 2 petang, semua kedai termasuklah shopping complex, fast food restaurant, and semua kedai akan tutup. percaya tak, mcd yang bukak 24 jam pun akan tutup pada solat jumaat. because mostly peniaga sana orang melayu. but in kl, ramai chinese yang meniaga. so memang tabik dekat sana because all the non-muslims can tolerate lah dengan benda ni. :)
next thing is, okay about me. why am i suddenly change my attitude? due to the visit to kelantan, YANG DIATAS SANA sudah buka pintu hati saya by just visiting kelantan. amazing kan? before this, memang susah nak berubah because of the surrounding kan kl ni macam macam orang tak kisah sangat pasal religious ni. so maybe this is the biggest and the most expensive gift lah yang pernah saya dapat. hadiah yang sangat berharga daripada berlian dan permata.
saya cuba untuk berubah. saya cuba untuk menjaga nur yang diberi oleh NYA. inilah hikmah sesuatu kejadian. alhamdulillah pintu hati saya sudah terbuka. dan akan saya cuba untuk kekalkan hati ini untuk sentiasa terbuka dan akan saya jaga nur ini supaya ia tidak akan hilang untuk selama lamanya.
dunia makin tua. setiap hari banyak sangat bencana yang menimpa. kalau kita tidak berubah sekarang bila lagi kita nak berubah? masih ada masa lagi untuk berubah. berubahlah demi kehidupan kita yang akan datang.
perubahan saya ini semua kerana DIA. tetapi ada seorang yang menjadi aspirasi saya. dia tidak berkata apa apa. tidak menyuruh pun saya berubah. tidak pun memerli saya, berkata kata yang pedas dan menyakitkan hati untuk menyuruh saya berubah. tetapi cukup dengan ketinggian iman dia. cukup dengan personaliti dia yang menarik saya untuk lebih mendalami agama yang indah ini. cara dan kesopanan dia memikat hati saya untuk mencontohi dia. sesungguhnya inilah nur yang diberi oleh NYA kepada saya. hikmah di atas perjalanan yang saya tempuhi selama 8 jam, saya dapat sesuatu yang lebih bernilai dalam diri saya. inilah penghijrahan yang saya lakukan. dan akan saya kukuhkan iman saya ini untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.
ya saya mengaku saya terlambat untuk sedar. tetapi belum terlambat lagi untuk berubah kan? alhamdulillah alhmdulillah dengan kurniaan ini :)
satu lagi, bila saya akan dijemput untuk ke rumah NYA? sesungguhnya saya sangat teringin untuk pergi apabila baba mama nenek and cik lah akan pergi sana pada bulan april ini. tidak mengapa. kata orang kita belum lagi dijemput oleh NYA. satu hari nanti pasti akan dijemput :)
minta maaf semua. tapi saya rasa kalau anda semua tak suka baca sila abaikan entry ini. ini untuk kesedaran bersama. terima kasih :)
assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment